Rabu, 29 Februari 2012

MAKMAL KOMPUTER (SEKARANG)

Makmal Komputer A terkini mempunyai 17 buah komputer, sebuah mesin pencetak bagi kegunaan murid-murid dan guru-guru untuk tujuan P & P, ICTL dan kegunaan yang berkaitan dengan ICT.  Sebuah pelayan projek RMK10 iaitu Projek Mampu/KPM Learning Management System yang sedang dalam pembinaan.

Projek Mampu/KPM telah membina satu sistem secara online dalaman bagi tujuan P & P di peringkat sekolah. 

Pendekatan LMS
1. Motivasi pelajar
2. Menjadikan Pembelajaran yang bermakna
3. Menggalakkan interaksi dan kerjasama
4. Untuk semua orang
5. Sebagai pusat pengajaran dan pembelajaran

Penggunaan peralatan teknologi maklumat (TMK) di sekolah amatlah menggalakkan.  Memandangkan semua urusan pihak sekolah kini menggunakan sistem secara online. Pihak sekolah berterima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana telah memilih Sekolah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda dalam projek RMK10 iaitu sistem e-pembelajaran LMS. Pihak sekolah juga mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana telah membekalkan Internet sangat baik pencapaiannya di sekolah memudahkan guru-guru dan kakitangan menguruskan tugasan harian dan secara tidak langsung juga mencapai objektif kerajaan dalam penggunaan teknologi maklumat di peringkat sekolah.


GAMBAR MAKMAL KOMPUTER SKDABB


KOMPUTER GURU

PANDANGAN PERALATAN KOMPUTER DI MAKMAL KOMPUTER A

SEBUAH MESIN PENCETAK DI MAKMAL KOMPUTER A

MAKMAL KOMPUTER

SEJARAH (DAHULU) 

Makmal komputer SK Dato' Abu Bakar Baginda dengan lebih dikenali sebagai Makmal Komputer A dan Makmal Komputer B.

MAKMAL KOMPUTER A telah dirasmikan oleh Tan Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia pada 27hb Ogos 1998.  Citibank Berhad Kuala Lumpur telah menyumbang sebanyak 22 unit Komputer Peribadi, Mesin Cetak dan beberapa lagi peralatan yang berkaitan dengan peralatan ICT. 

MAKMAL KOMPUTER B dibina pada tahun 2001 peralatan Komputer Peribadi, Printer dan Set Rangkaian LAN telah dibekal pihak kerajaan.  Sebanyak 23 buah komputer peribadi berjenama MIMOS, 1 pencetak Dot Metrix OKI ML591 dan set rangkaian LAN.
Makmal Komputer A dan Makmal Komputer B telah dipasang dengan kemudahan Internet dengan kaedah penyambungan melalui VSAT.

PUSAT AKSES.  Kerajaan telah membekalkan 10 buah komputer peribadi pada 2007.  Bilik Makmal ini telah dikawal selia oleh Guru Penyelaras Bestari dan Guru Media.

BERGAMBAR



PERASMIAN


DISUMBANG OLEH CITIBANK BERHAD


MURID-MURID SKDABB BERBARIS MENYAMBUT KEDATANGAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

GURU BESAR TUAN HAJI SHAARI BIN HAJI YAHYA MEMBERI SEPATAH DUA KATA DI MAJLIS PERASMIAN.

UCAPAN OLEH KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF CITIBANK BERHAD IAITU EN SUNIL SREENIVASAN

DIRASMIKAN OLEH TAN SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK, MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA.
PANDANGAN MAKMAL KOMPUTER A

PANDANGAN DI MAKMAL KOMPUTER A

MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA, KETUA EKSEKUTIF CITIBANK DAN GURU BESAR SEDANG MELIHAT MURID-MURID SEDANG MENGGUNAKAN KOMPUTER YANG DISUMBANG OLEH CITIBANK BERHAD.